Iklan

Friday, November 14, 2014

Majlis Berkhatan Beramai-ramai Taman Ixora 2014

Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai bagi anak-anak Taman Ixora.

Tentatif atur cara seperti berikut:

8.00 pagi - Peserta dan ahli keluarga berkumpul di surau
8.15 pagi
  • - Bacaan doa oleh Imam Surau
  • - Ucapan aluan Pengerusi Surau
  • - Taklimat oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Salak
8.30 pagi - Semburan air oleh BOMBA
9.00 pagi - Jamuan ringan
9.15 pagi - Majlis berkhatan dimulakan
12.00 tengahari - Bersurai

Penduduk berminat boleh berhubung dengan En Kamil dan En Hasiady.
Penyertaan adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

Monday, November 10, 2014

SRS: Penghantaran Borang e-IDRT dan Gambar Ahli

Kepada semua Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Ixora (Zon A, B & C), dipohon untuk menghantar borang e-IDRT bersama-sama gambar ahli kepada Setiausaha KRT Taman Ixora.

Borang dan gambar boleh dihantar sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Borang dan gambar dalam bentuk sofcopy boleh dihantar ke alamat e-mel krt@tamanixora.com dan dinamakan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.

Borang e-IDRT boleh di pindah turun di SINI.

Tuesday, September 16, 2014

Program Ibadah Qurban 1434 Taman Ixora



Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1435 pada butiran berikut:

Tarikh : 5hb. Oktober, 2014 (Ahad) (Hari Raya Aidil Adha)
Masa : 10.00 Pagi (Selepas Solat Aidil Adha)
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Harga bagi sebahagian Qurban adalah RM480.00 sahaja.

Penduduk Taman Ixora yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban bolehlah berhubung dengan Setiausaha KRT atau Imam/ Bilal/ Siak/ Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/AJK surau. Pada tahun ini surau memperuntukkan 5 ekor lembu Qurban sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang berdaftar awal.

Monday, August 11, 2014

Penguatkuasaan Pelekat Kenderaan Taman Ixora dan Borang Survey Kawalan Keselamatan Taman Ixora

 



Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan Taman Ixora kepada semua penduduk Taman Ixora mulai daripada 16 September 2014.

Tujuan utama pelekat berkenaan adalah untuk mengenalpasti setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora bagi tujuan keselamatan. Setiap pelekat berkenaan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 bagi sebuah kenderaan.

Dalam masa yang sama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora juga akan mengedarkan borang survey kawalan keselamatan kepada semua penduduk Taman Ixora.

Kepada penduduk yang ingin mendapatkan pelekat berkenaan bolehlah mengisi Borang Maklumat Penduduk yang dilampirkan. Borang yang siap diisi beserta bayaran bolehlah diserahkan kepada:

1. Mohd Hasiady Bin Yasin, Setiausaha PPTI  (019-2828422)
2. Ahmad Kamil Bin Zailani, Setiausaha KRT (019-2233706)
3. Hasrizam Bin Hasim@Hashim , Pen. SU (019-2336442)
4. Semua Ketua Lorong/ AJK PPTI

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan pelekat kenderaan dan borang survey kawalan keselamatan Taman Ixora.

Monday, January 6, 2014

Gotong Royong Ganyang Aedes Taman Ixora 2014



Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora  akan mengadakan program Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora Tahun 2014 pada butiran berikut:

Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai program gotong royong ini.

Saturday, November 9, 2013

Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota Skim Rondaan Sukarela dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2013

Pengerusi dan Penolong Setiausaha, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghadiri Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota Skim Rondaan Sukarela dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jakur Gemilang Tahun 2013 yang telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 9 November 2013 (Sabtu)
Tempat : Taman Pendamar Indah, Klang
Masa : 8.00 Malam
Dirasmikan oleh : Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

KRT Taman Ixora telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Negeri Selangor dan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00. Tahniah diucapkan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, September 22, 2013

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013


Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena PMR, SPM, STAM dan STPM 2013 pada butiran berikut:

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Ibu bapa, calon-calon peperiksaan dan semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir